Penjagaan Mulut

Setiap individu harus mempunyai gigi yang elok apatah lagi ia sangat penting untuk individu klef. Kita dilahirkan dengan 2 set gigi:  gigi susu/bayi dan gigi kekal/dewasa.

 

Untuk bayi klef, amalan menjaga kebersihan gigi digalakkan kerana gigi bayi akan menjadi asas dan panduan untuk gigi kekal tumbuh. Perhatian rapi perlu diberi semasa memberus dan menjaga gigi supaya bersih. Apabila gigi pertama bayi keluar, bersihkan dengan hujung kain/tuala yang lembut atau gunakan hujung putik kapas. Apabila bayi boleh menerima berus gigi dimasukkan ke dalam mulut, bersihkan gigi dengan berus gigi kecil yang lembut. Jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan! Biarkan bayi meniru anda memberus gigi.

 

Galakkan bayi untuk minum air selepas menyusu. Jangan galakkan minuman dan jus yang manis, serta elakkan gula-gula dan coklat. Kudapan yang manis antara waktu makan ialah satu tabiat buruk. Pemeriksaan gigi, setiap 6 bulan, adalah digalakkan. Pastikan lawatan pertama adalah menyeronokkan kerana anak klef akan kerap bertemu doktor gigi semasa membesar. Elakkan trauma dengan hanya membawanya semasa sakit.

 

“Gigi yang elok mencerminkan kesihatan yang baik! ”

 

Log Masuk