Acara & Aktiviti

Kami membuat lawatan ke hospital, klinik, dan rumah individu klef untuk memberi kaunseling dan bimbingan mengenai teknik penyusuan bayi klef yang betul kerana pemakanan yang betul adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. CLAPAM ialah ahli Klinik Klef di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setiap bulan, kami bertemu ibubapa yang mempunyai anak berkeadaan klef dan orang dewasa yang berkeadaan klef pada pagi Jumaat pertama di PPUM,  petang Isnin kedua di PPUKM dan petang Isnin terakhir di HKL. Kami adakan sesi maklumat untuk ahli-ahli dan para professional perubatan melalui Mesyuarat Agung Tahunan dan forum/perjumpaan ahli dan mengundang pengamal perubatan untuk membentang topic-topik khas. Kami menghadiri persidangan perubatan dan mengambil bahagian dalam seminar dan ceramah untuk meningkatkan kesedaran tentang klef. Kami juga menerbit dan mengedarkan risalah tentang klef kepada ibu bapa dan pengamal perubatan.  Ahli-ahli kami terdapat di seluruh negara dan mereka membantu kami dengan berbagai cara.

Aktiviti Kami

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

Log Masuk